Terma & Syarat Affiliate


Normline.com merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan Web Design. Sebagai Affiliate, anda mestilah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap affiliate :

1 . Anda tidak akan menyalahgunakan bahan promosi yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri.

2. Anda mestilah melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM atau MENCURIGAKAN.

3. Jika melanggar mana – mana syarat & terma Program Affiliate Normline ini, akaun anda boleh digantung ataupun akaun dipadamkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.

4. Anda tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi atau yang boleh merosakkan nama Program Affiliate Normline.

5. Anda akan menjaga sensitiviti semasa melakukan promosi. Jika terdapat aduan daripada kaedah promosi anda, pihak kami berhak mengantung akaun serta merta tanpa sebarang notis.

6. Anda mestilah mematuhi mana-mana terma dan syarat platform yang digunakan untuk tujuan pemasaran sebagai contoh di media sosial menggunakan tiktok, Instagram atau facebook, anda mesti mematuhi yang telah ditetapkan oleh platform media sosial.

7. Komisen sebanyak 10% daripada jumlah bayaran akan diberikan kepada affiliate selepas selesai proses hand over website kepada pelanggan.

8. Sekiranya pelanggan meminta bayaran balik wang (Refund) komisen agen affiliate akan dibatalkan.

9. Komisen hanya diberikan jika pelanggan telah mengisi borang di PAGE INI sahaja

10. Komisen hanya akan diberikan jika pelanggan membuat pembayaran dan dan dapat dijejak dalam sistem sahaja.

Pihak Normline.com berhak meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas untuk kebaikan bersama tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak lain terlebih dahulu.